Pages

Monday 11 July 2011

mane satu yang betol???


Salam...lame dah rase tak melontarkan idea ke lembah blog aku nie...mase tidak mengizinkan....sibuk yang amat dalam seminggu nie...hari nie je bru ade peluang balik....otak aku meronta-ronta dah nak keluarkan segala yang terkesumat dalam benak fikiranku..tapi nak wat macam mane dah jari-jemari ku membantah tegas untuk aku coretkan semua itu ke blog ini...hahahaha
            
Sekarang nie hangat dengan isu pe???mesti dah gempar di internet, media-media dan segala genap medium lagi dengan isu politik yang melanda negara kita ini. Apa pandangan saen-saen blake. Nak jadi pro ke anti-kerajaan. Mesti setiap orang ada pegangan dan pandangan masing-masing kan. Itu memang kita tak boleh nafikan dah. Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat masing-masing. Tapi janganlah hak itu di halang kerana akan memberikan kesan yang buruk kepada semua pihak. Aku pun ada pegangan aku sendiri. Aku tak menyebelah mana-mana pihak. Setiap pihak ada baik dan buruknya. Tapi cubalah jangan kaitkan isu politik dengan agama. Agama tu jangan wat main-main sebab kita hidup di dunia ni tujuannye mane???Akhirat juga yang kekal. Dunia nie hanya sementara. Janganlah melebih-lebihkan hal dunia melebihi hal akhirat. Memang la tak salah untuk kita berpolitik. Tapi berpada-pada la. Tentang isu yang tengah hangat nie. Ramai yang kata perhimpunan tu akan sebabkan kekacauan la,macam-macam la. Masing-masing duk kata yang kita telah hidup aman 50 tahun, janganlah kerana agenda politik sampai nak berbalah pula. Tapi kita kena tengok jugak, dalam masa 50 tahun nie memang semua hidup aman dan senang ke??? Kita hanya nampak yang di depan mata kita je. Padahal pada masa yang sama ramai mana nasib orang miskin dan susah yang tidak terbela. Mereka hidup susah dan diabaikan. Yang senang hanyalah orang atasan dan orang yang menyokong mereka. Kalau betul nak tadbir negara ni dengan adil, bagilah bantuan pada semua orang. Yang orang nampak sekarang ni hanyalah jasa pemimpin masa sekarang. Mereka hanya tengok pada pembangunan dan apa-apa lagi yang telah dilakukan. Betul la apa yang dilakukan tu. Tapi bukankah lebih baik kalau semua itu di salurkan kearah yang lebih berfaedah seperti kebajikan rakyat. Aku bukan nak kutuk mana-mana pihak. Ini hanya pandangan aku tentang apa yang aku nampak berlaku pada hari ini. Kalau kita nak pilih pemimpin pun, pilihlah yang betul-betul layak dan dapat bimbing kita semua. Pemimpin tak betul wajib kita tentang. Nak ke kita duduk bawah pemerintahan yang tak betul dan tak telus. Sama-samalah kita fikir dan buatlah keputusan yang betul dalam hidup kita nie. Berpolitik skit hari nie..hahaha....saje bosan-bosan..sorylah kalau ada yang baca nie tak setuju, tapi nie just pandangan aku je. Aku ada hak sebagai rakyat...

OK..Bereh la..ini je yang sempat aku coretkan untuk hari nie..
Lepas nie entri aku subjek yang ringan-ringan pulak laa..tak sedap la main dengan isu-isu berat nie(hehehe)...salam semuaaaaaaaa....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...